Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Tuesday 14 April 2015

AYAM MASAK LEMON .. PASTI LAZAT!!!

AYAM MASAK LEMON CHINESE STYLE
     Ayam masak lemon, merupakan hidangan khas bercirikan masakan cina.  Cara memasaknya mudah dan ringkas.  Sesuai dimakan bersama nasi panas.  Rasanya yang lemak masam dan manis dan harum berbau lemon, menambat selera.  
     Kuahnya sedikit pekat. Rasa ayam pula sangat sedapp kerana telah diperap sebelum dimasak.  Selamat mencuba ea...

AYAM LEMON CHINESE STYLE

Bahan-bahan:-
2 dada ayam-bersihkan n keringkan

Bahan perap:-
3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak bijan
sedikit pepper
1 biji telur
bahan salut:-campurkan
5 sudu besar tepung
5 sudu besar breadcrumbs

Bahan sos:-
1 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
Minyak secukupnya

Cara-cara:-
01.  Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman. 

02.  Salut dengan bahan salut n goreng hingga garing n kekuningan.

03.  Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan. 

04.  Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.

05.  Curah atas ayam tadi dan hidangkan.


sumber: buku resepi

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

Show comments
Hide comments

1 comment: